Hi, salam semua! Hanees kembali menulis. Siapa Hanees? Xkenal pun. Memang xglemer macam bloggers lain. So, mari kita berkenal-kenalan. Heh. Pertama sekali, Maaf. Belog ini mengandungi pengunaan Bahasa Melayu yang xberapa nak betul. Maaf atas segala kesulitan. I am writing just to express not to impress others. Thank you.

To Bloggers,

Thanks kerana membaca. And thousands thanks for those yang follow this blog. I appreciate it.

Wednesday, October 20, 2010

Final.

Posted by Cik Hanees at 12:08 PM 1 comments




“OMG! Dah nak final! Erghh. I haven’t study anything yet. Gosh!”





Isu Perempuan dan Mekanikal

Posted by Cik Hanees at 11:39 AM 0 comments

Gambar hiasan.









Kalau ada yang cakap, belajar engineering sangat senang. Memang dah lama aku pergi cari orang tuh dan lempang laju-laju. Haha. *calm*



Engineering pada aku bukan lah subject yang senang dan jugak bukan suatu subject yang susah. Pergh,xboleh blah ayat aku. Mesti betul kan. Life as an engineering student adalah sangat sangat challenging. Bagi aku lah. Mungkin sebab aku neh perempuan. Dan kos yang aku belajar sekarang pun kos yang aku rasa kalau kat dalam kelas boleh bilang dengan jari je berapa kerat kaum perempuan neh. Xpercaya? Aku boleh kasi korang pinjam jari-jari aku kalau xcukup. Haha.



Hari neh nak membebel pasal perempuan dan mekanikal. Kadang-kadang pelik jugak. Bila sebut je ada perempuan ambil kos mekanikal. First statement yang keluar mesti dashyat macam.


“Gile kentang ah kau ambil mechi!”


“Pergh! Kau budak mechi? Dasat.”



Yang lagi xboleh blah bila keluar statement.



“Kau neh mesti lasak and kasar kan? Mechi tuh bukan ramai lelaki ke?”


“Macam mana kau nak kerja dalam lab. Lembik je aku tengok. Tipu ah kau budak mechi.”



Apa lah yang pelik sangat bila dengar perempuan ambil kos mekanikal. Kalau nak compare ratio lelaki dengan perempuan yang belajar mekanikal. Memang terang-terang lah perempuan neh berkerat-kerat ja. Tapi perlu ke simply cakap perempuan xsesuai belajar mekanikal? Perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman mak-mak kita. Yang pakai kain batik duduk kat dapur buat kerja. Perempuan sekarang pantang dicabar tau. Wahai lelaki. Jangan ingat korang je yang jenis pantang dicabar. Kalau lelaki boleh buat. Xkan perempuan xboleh. Tapi kalau perempuan boleh buat. Lelaki mesti xboleh. Haha.
 *double-jerk*



Okay. Back to the main point. Perempuan dan Mekanikal secara khususnya as aku sekarang berada dalam group yang ini. Nasihat untuk adik adik perempuan yang berminat. Teruskan niat. You won’t regret though it is tough but it is fun to learn. Part keciwa tuh aku xjamin. Sebab aku pun pernah sekali regret masa first sem belajar.






Bila kita belajar dengan ramai lelaki. Kadang-kadang mencabar kita sendiri. Kalau lelaki boleh buat, xkan kita nak tengok je kan? Sebab tuh lah aku cakap. Perempuan sekarang pantang dicabar. Xpercaya? Jom pergi buat research ramai-ramai kat fakulti aku.







So, buat kawan-kawan perempuan saya di luar sana yang berniat menceburi bidang mekanikal kerana minat. Sila teruskan nawaitu anda. Ia nya sesuatu yang baik. Bukan yang buruk buat anda. Percaya lah. Dah ramai perempuan jump into this field dan berjaya at the end. And, kita jugak akan menjadi salah seorang dari mereka yang berjaya. InsyaAllah

Tahukah Anda? Jealousy Could Kill A Man.

Posted by Cik Hanees at 12:52 AM 2 comments
*laugh*


Sila ketawa. Sebab tajuk entry neh sangat xboleh blah. Korang tau x? Apabila lelaki cemburu. They are just like killing themselves without using any weapons. Pergh. Gempak ja bunyi. Dapat x apa yang aku cuba sampaikan neh? Xdapat? Sekarang korang pergi siap cantek-cantek. Rembat kunci kereta dan terjah bookstores berhampiran rumah korang dan cari novel Andai Itu Takdirnya. Ada masalah lagi? Korang xbaca novel? Okay. Mai sini cheq nak habaq mai. Haha.



Apa yang aku bakal bebelkan neh adalah dari penghayatan aku melalui novel yang aku suggest tuh. Eventhough it is only a novel, tapi aku yakin it happened in real life even though the probability is very small.



Dalam novel neh menceritakan seorang lelaki bernama Syed Airil yang sangat sombang dan terpaksa berkahwin dengan his classmate yang dia xsuka sebab xsetaraf. Do i need to tell the whole story? Xperlu rasanya. But aku sangat interested in one of the plot bila Si Airil neh cemburu his wife berkawan baik dengan another guys, Loqman yang merupakan share partner in his father company. Just because dia terlalu cemburu, and terlalu marah sehingga beliau decide untuk kahwin dengan cousin dia.



But at the end, dia menyesal. Sebab benda xda apa-apa sangat pun. Tapi dia yang create disaster in his relationship. See, nampak tak? Nampak tak how jealousy killed a man. Motif?





Xda motif sangat pun. Just a bit weird kenapa lelaki perlu nak cemburu lebih-lebih padahal he knows yang his partner neh akan stay dengan walau apa pun yang jadi. Okay? *smile*

Tuesday, October 19, 2010

I'll Be Waiting For You. Berbaloi ke?

Posted by Cik Hanees at 3:08 AM 0 comments
Korang tunggu someone? Berapa lama mesti nak tunggu? Dah bosan menunggu? Jangan bosan kalau korang betul-betul sayang kan si dia. Nanti korang akan menyesal. Sirius xtipu. *angel*
Korang nak ke tengok suatu hari nanti si dia yang korang tunggu tuh pergi kat orang lain? *devil* Aku tau mesti korang akan cakap.


“Alah. Kalau kita je yang tunggu tapi dia tetap nak pergi kat orang lain, sama jugak lah. Bosan. Penat je tunggu.”


Okay, nak aku kasi tips macam mana nak tunggu dengan penuh sabar dan on the same time memastikan si dia tak pergi kat orang lain? But satu benda yang korang kena tau. Jodoh bukan di tangan kita. Walaupun kita dah berusaha untuk pastikan si dia milik kita. Kalau Allah cakap dia bukan milik kita. Terimalah dengan redha. Pesanan. Kita berusaha apa yang mampu je. Jangan lah korang sampai nak pergi jumpa bomoh bagai nak buat guna-guna. Dosa tuh. INGAT!



Tips? Shh. Kejap *pandang kiri kanan* Okay. Jom mula!



# TIPS-TIPS BERGUNA UNTUK MENGORAT SI DIA #


Yang pertama

Jangan sesekali tunjuk yang korang dah bosan tunggu si dia. Sentiasa ambil berat tentang si dia. Contohnya, kalau korang satu tempat belajar. Tiba-tiba suatu hari si dia mengadu dia ada masalah dalam pelajaran. Ringankan tangan anda untuk membantu beliau? How? Berkongsi nota ke ajak study sama-sama ke. Apa-apa je lah yang menampakkan korang caring towards him or her.


Kalau dulu masa aku kat matriks. Tiap-tiap minggu aku pos nota dari Kedah ke Melaka bila Encik Meggie aku cakap dia ada masalah dengan study. And aku akan selalu call dia untuk tanya soalan eventhough kadang-kadang aku sendiri yang jawab soalan tuh. Hehe. Just call dia untuk buat dia rasa kita caring towards him or her.


Yang kedua

Jangan gopoh! Kalau korang adalah seorang perempuan sejati. Xpayah lah terlalu gopoh sampai nak pergi cakap kat si dia yang korang cintakan si dia. Jatuh lah saham. Memang lah orang cakap zaman sekarang neh, perigi yang kena cari timba. Please bare in your mind, perigi cari timba is the last choice yang korang ada. Faham?

Aku ingat lagi, cikgu aku pernah cakap. Kalau kita minat someone, kita xcakap pun dia dah tau. Sebab kita dah sent gelombang to him or her which is called the Beta wave. Correct me if i am wrong. Thank you.


Yang ketiga

Keep update yourself about him. Dengan siapa dia keluar. Dengan siapa dia berkawan. Instead of that, keep update jugak apa kegemaran si dia dan sebagainya. Macam mana? Pandai-pandai lah korang. Xperlu lah sampai nak pasang spy bagai. Dan lagi satu. Kalau korang discover si dia keluar dengan any girls or guys. Sila jangan jeles. Buat xtau je and banyak-banyakkan berdoa agar korang berdua bertemu jodoh.


Itu je buat kali neh. Nanti kalau aku ada tips tambahan. Aku tulis lagi.

There’s only a way to tackle someone. That’s try and error. Good Luck!

Friday, October 15, 2010

Finally, I am a blogger again.

Posted by Cik Hanees at 5:27 AM 0 comments
Tiba-tiba ringan pulak jari neh nak menaip ayat yang panjang. Dah lama xmenaip melainkan menaip assignment untuk disubmit. Rindu mahu berblog kembali. Ada blog. Ada cerita. Seronok. Macam dulu-dulu. Blog tempat aku menulis apa yang aku suka, apa yang aku benci, bila masanya aku jatuh cinta. Oppss. Bukan. Blog umpama diari harian aku.


Dah lama bergelar blogger. Cuma tak aktif macam blogger-blogger lain. Mungkin xbanyak cerita yang boleh aku kongsi. Well, my life is like a bottle full with water. I fill it when i wanted it and i let it empty when i got another new bottle. Macam mana? Ala, macam bila kita suka. Kita rasa kita ada life. Bila suatu hari sampai dah xcukup tanah nak pijak. Kita rasa macam nak lari jauh-jauh dari real life and find a new life yang full dengan apa yang kita wish to have. Apa yang aku mengarut neh?


Sincerely cakap, to story about my daily life is like reading a blank sheet. Haha. Gila annoying kan? Xda lah too blank sampai xda benda nak cakap. But life macam aku bukan lah something yang seronok. Pagi-pagi bangun, siap-siap pergi kelas. Petang balik kelas, tengok tv jap then online jap, pehtu jenguk buku kejap. See. Sadis ja kan. Aku pun kadang-kadang sedih dengan life aku. Plain and blank. Same as empty.


I feel like nak bertukar! BERTUKAR!!!! To have kind of happening, joyful life is my wish. But how? Apa yang aku nampak sekarang is blogging. Tells people what makes you are special then others. Maybe a sporting parents, lovely boyfriend, understanding friends and so on. Boleh ke macam tuh? Macam gila riak kan? But, it worth a try. Xsalah kan? Aku cuba untuk memperbaiki dan menjadi aku yang baru.


Really hope, apa yang aku cuba sampaikan di sini. Buat kamu semua tersenyum. Eventhough bukan aku yang happy. But I will be happy if you guys happy. *smile*

 

Belog Hanees Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez